
Sulit
4 tahun
Rehat 7 hari selepashabis mkan pil perancang mercilon
Sya bru hbs mkn pil perancang jenis mercilon…skrg tgh rehat 7 hari…selama rehat 7 hari boleh kh bersama suami…adakah sya di lindungi dri kehamilan seama rehat 7 hari tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda mengambil pil selama 21 kemudian 7 hari rehat. Semasa tempoh rehat ini anda boleh bersama dengan suami anda dan masih terlindung dari mengandung, selagi anda mengambil pil dengan cara yang betul dan konsisten.
Untuk makluman pihak anda, jenis pil perancang yang mengandungi 28 pill sebenarnya hanya mengandungi 21 pill aktif dan 7 pil placebo. Kaedah ini agar wanita tersebut boleh mengambil pil secara konsisten dan mengelak dari lupa pil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjt, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.