
Sulit
4 tahun
Remaja tapi kat muka ada bintik milia
Saya remaja perempuan umur 14 tahun tahun ni…saya menghadapi masalah kulit muka yg dinamakan milia… bagaimana untuk menghilangkan nya ya…sebab saya tak pernah pakai apa2 skincare .dan biarkan kulit muka MCM tu je… kadang kulit muka saya berminyak di bahagian hidung…mulia ni tumbuh di bahagian dahi, hidung dan pipi paling banyak…dan bawah dagu…cara atasi MCM mna ye…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, milia adalah gelumbungan kecil yang boleh dijumpai pada bahagian hidung, bawah mata, pipi dan bibir. Ia juga boleh dijumpai lebih daripada satu di bahagian yang sama. Milia tiada simptom kesakitan ataupun kegatalan. Milia terjadi apabila keratin terperangkap di bawah permukaan kulit. Milia boleh berpunca daripada kecederaan pada kulit, kesan ubat topikal atau prosedur kosmetik. Kebiasaanya, Milia akan hilang dengan sendirinya.
Antara cara untuk hilangkannya ialah:
- membersihkan muka guna sabun yang sensitif pada kulit
- bersihkan muka mengunakan exfoliator
- memakai sunscreen
- menggunakan retinoid topikal yang dihasil daripada vitamin A
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang milia oleh itu dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.