Sulit
5 tahun
Rentetan soalan confuse haid atau keguguran tdi
Sy confuse sebab sy buat pregnancy test tu pada waktu ptg. Dan tgk2 double line. Walaupun lg satu line tu tersangatlah kabur linenya. Sbb dari pembacaan saya. Waktu yg paling tepat kputusannya kalau dibuat waktu pgi. Jd mcmana doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mendapat keputusan ujian kehamilan yang kabur, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Selain itu, pendarahan yang dialami juga boleh disebabkan oleh:
- Implantasi telur atau produk persenyawaan
- Darah haid
- Pendarahan spotting yang berpunca dari pelbagai sebab
Untuk pengetahuan anda, waktu yang terbaik untuk membuat ujian kehamilan adalah menggunakan air kencing pertama pada waktu pagi kerana konsentrasi hormon hCG adalah tinggi pada waktu tersebut. Namun begitu, mendapat keputusan positif atau negatif jika dilakukan pada waktu lain tidak akan mengubah apa-apa. Kami sarankan anda merujuk kepada doktor berkenaan keputusan yang diperoleh kerana hanya doktor yang memeriksa anda sahaja dapat mengesahkan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dan pengesahan kehamilan dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.




























