Sulit
2 tahun
Resdung alahan menyebabkan bersin2
Hai doktor saya berumur 18 tahun,
Sejak beberapa tahun yang lalu saya selalu bersin2 dan keluar hingus tidak henti selama sehari hingga hidung saya membengkak saya tahu ianya merupakan satu alahan …tapi persoalanya says kurang pasti dengan alahan saya ,saya sedar saya akan bersin bilamana saya tidur dengan aircond, atau bila cuaca sejuk namun kadang says cuma tidur dengan kipas tapi esoknya Akan bersin2 juga
Boleh saya minta pendapat doktor kentang alahan saya dan bagaimana cara untuk kurangkan ia
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, alahan resdung boleh dicetuskan oleh beberapa faktor, contohnya:
- Suhu persekitaran rendah, sejuk
- Hama habuk
- Debunga
- Bulu haiwan seperti kucing
- Pepijat, lipas
- Asap
- Rokok
- Lain
Selain ambil ubat, anda boleh cuba mengamalkan sesetengah langkah untuk mengelakkan gejala bersin. Contohnya, elakkan menghadap aircond atau kipas secara langsung semasa tidur, tukar sarung bantal dengan kerap dan jaga kebersihan pakaian anda, tutup tingkap untuk mengelakkan debunga dan perengsa lain, guna mesin pembersih udara untuk menghabuskan alergen di udara dan bersukan untuk meningkatkan imun badan.
Namun, untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.