
izzatione96
5 tahun
Resdung dan ulser yang kerap
Saya berumur wanita 23 tahun. Saya mengalami ulser yang kerap dan juga bersin bersin yang kuat apabila saya tersalah makan. Sebelum ni saya sedia maklum saya mempunyai resdung. Namun saya ingin bertanya adakah ulser juga terjadi disebabkan alergi? Sebab saya perasan, bila saya tersalah makan saya akan bersin bersin dan automatik ulser wujud dalam mulut saya terjadi. Dan adakah penyakit alergik atau resdung saya ni boleh sembuh seperti sediakala? Dan adakah ubat selain ubat telan untuk penyakit saya ini? Kerana sebelum ni saya selalu beli ubat alergik di farmasi untuk mengelakkan bersin bersin. Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan makanan - ini boleh menyebabkan luka/ulser juga
- Resdung - allergic rhinitis
- Penyakit radang usus
Rawatan bagi gejala yang anda alami berkisarkan ubatan telan atau oral bagi mengelakkan gejala bersin dan “anaphylaxis” dari terjadi. Sekiranya anda tidak mahu mengambil ubat telan, kaedah terbaik ialah menghindari punca makanan tersebut. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.