allianadirah97
4 tahun
Resdung / hidung tersumbat
Saya wanita dalam 20 an,
Dalam dua minggu ni hidung saya selalu tersumbat tetapi hari ni hidung sebelah kiri saya sakit sekali dengan kepala belah telinga belah dan gigi/pipi belah kiri
Kenapa ye doktor?
Saya memang ada masalah resdung sebelum ni. Adakah ini penyakit yg berbahaya doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Resdung beserta jangkitan kuman dalam rongga hidung
- Kesan resdung dan asap seperti jerebu
- Jangkitan influenza atau selesema
- Ketumbuhan polip dalam hidung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.