
Sulit
5 tahun
Resdung kronik dan kahak banyak waktu pagi
hi saya hendak tahu kenapa waktu pagi lidah saya begitu kering padahal saya kerap minum air masak sekarang ni dan di bahagian ank tekak ada lendir kalau saya korek kahak itu berbau sangat busuk adakah jangkitan bakteria?bau mulut berlarutan setiap masa kumur air garam pun tetap tak jalan adakah saya perlu membuat rawatan check di ent yg berdekatan sekian terima kasih atas bantuan anda .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah mulut kering akibat kekurangan penghasilan air liur merupakan tanda masalah kesihatan badan. Apabila badan mengalami dehidrasi atau kurang penghasilan air liur, mukosa pada dinding mulut menjadi pekat dan berlendir. Antara puncanya:
- Halithosis
- Kencing manis
- Masalah buah pinggang
- Kesan sampingan ubat
- Penyakit auto- imunisasi
- Kesan sampingan rawatan kemoterapi atau radioterapi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.