
Sulit
3 tahun
Result darah tyroid normal
saya perempuan umur 16 buat test darah lepastu dapat la result dia tyroid tapi result darah tu normal . jadi doc yg cek aritu dia kata takyah makan ubat sebab normal jadi saya akur jela lepastu dia kata nanti buat scan je tapi tunggu tengah fikir tarikh jadi saya nak tanya memang saya takyah makan ubat ke sebab saya rasa dia makin membesar dari sebelum ni jadi sya takut dia mampu mengganggu pembelajaran saya je . jadi persoalan saya betul ke tajyah makan ubat hm

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami sangat memahami kegusaran dan kekhuatiran anda berkenaan hasil pemeriksaan darah yang telah dikeluarkan. Anda juga ingin mengetahui sama ada benarkan anda tidak perlu makan ubat memandngkan anda merasakan tiroid anda semakin membesar.
Untuk makluman anda, keputusan doktor sebelum memberi sebarang ubat kepada pesakit dilakukan berdasarkan:
- hasil soal selidik/sejarah kesihatan pesakit
- pemeriksaan fizikal
- ujian darah
- imbasan tertentu seperti xray, ultrasound dan lain-lain
Nasihat yang diberikan doktor anda adalah berdasarkan kesimpulan daripada dapatan di atas.
Gejala tyroid yang semakin membesar boleh berpunca dari pelbagai masalah yang serius seperti
- pembengkakan tiroid
- tirotoksikosis
- pembengkakan saluran limfa
- tanda-tanda ketumbuhan jinak atau ganas
Sila hubungi kami secara atas talian untuk nasihat atau pandangan kedua tentang keadaan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.