
zul_hilmi9812
5 tahun
Result triglycerides tinggi
Assalamualaikum Dr, baru-baru ni sy ada buat ujian darah dan sy dapati keputusan triglycerides sy tinggi iaitu dengan bacaan 3.37 saya sangat risau boleh tak Dr bagi pendapat pada saya terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ujian triglyceride ini merupakan sejenis ujian untuk menilai tahap lemak anda dalam badan. Triglyceride ini merupakan sejenis lemak, dan tahap keselamatan adalah 2.28 ke bawah. Namun, anda tidak perlu berasa risau kerana hanya satu ujian yang tidak normal dan ia hanya meningkat dengan kadar yang sedikit.
Apa yang anda boleh buat pada masa sekarang ialah anda perlu mengamalkan diet makanan yang lebih sihat, mengurangkan makanan lemak dan tabiat yang buruk seperti merokok kerana ia boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan triglyceride in berkumpul dan menyumbat saluran darah. Anda juga perlu bersenam sebanyak 30 mins untuk 5 hari sekurang-kurangnya dalam seminggu.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.