
Sulit
5 tahun
Results pap smear tidak normal
Hai doc…sy Fieza. Sy bakal merujuk pd pakar di hospital permaisuri Bainun Ipoh pada 23hb April. Adakah sy berisiko prakenser rahim? Untuk makluman doc…sy tiada lain2 masalah kesihatan. Tiada mengalami pendarahan…sakit ketika bersama ataupun lain2 kelainan. Sy mengambil perancang keluarga jenis suntikan dan tidak period dlm tempoh perancangan keluarga tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keputusan pap smear tidak normal boleh disebabkan oleh banyak perkara selain dari ketumbuhan seperti, keradangan atau jangkitan. Oleh keran itu, anda dirujuk kepada doktor pakar untuk melakukan pemeriksaan lanjut keran keputusan pap smear adalah tidak merujuk kepada apa-apa diagnosis.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.