
lynanurulhusna
5 tahun
Rheumatoid arthritis peradangan sendi
sy menghidap rheumatoid arthritis, berumur 29 tahun

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara amnya, rheumatoid arthritis merupakan keradangan yang berlaku pada bahagian sendi tulang apabila antibodi menyerang sel badan yang baik (autoimmune). Simptom adalah seperti sakit sendi tulang, demam, mudah letih dan penurunan berat badan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.