
Sulit
4 tahun
Rheumatoid arthritis
saya wanita dalam 20’an dan saya sekarang diagnosis bagi rheumatoid arthritis. Saya alami penyakit ini sejak umur saya 16 tahun. Apabila saya terlalu banyak bergerak atau membuat terlalu banyak kerja, sendi sendi saya akan sakit. sendi yang selalu sakit adalah seperti lutut, lengan siku, jari tangan, pergelangan tangan, jari kaki, pergelangan kaki. Kadang kadang jika sakit pada sendi seperti jari kaki dan jari tangan dia akan jadi bengkak dan merah. Waktu yang paling sakit adalah waktu malam dan pagi. Kadang saya tidak banyak bergerak pun dia akan terjadi juga. Jadi saya nak tanya doktor penyakit ini dapat disembuhkan atau tidak? Apa tindakan seterusnya yang patut saya lakukan? Apakah ubat yang sepatutnya saya ambik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rheumatoid arthirtis adalah merupakan penyakit autoimmune jangka panjang yang progresif, dan dapat melumpuhkan. Ia menyebabkan keradangan, bengkak, dan sakit di dalam dan di sekitar sendi dan organ-organ badan yang lain.
Terdapat pengubatan yang dapat diberikan bagi mengurangi gejala sakit seperti:
- disease modifying rheumatic drug (DMRD)
- ubat anti inflamasi
- sesetengah ubat yang dapat menekan sistem imun
- corticosteroid
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu pergerakan harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini daripada doktor. Namun, beberapa ubat memerlukan preskripsi doktor. Maka adalah digalakkan untuk anda merujuk kembali doktor anda dan berbincang tentang pengubatan terbaik.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.