
Sulit
3 tahun
Rhinitis allergies- Resdung
Anak saya berumur 4 tahun,mengalami hidung tersumbat bila keadaan sejuk, kerap berlaku bila nak tidur, tak kira siang @ malam hidung mesti tersumbat.Terutama waktu malam, dia mesti terjaga tgh mlm di sebabkan hidung tersumbat. (Kami tidak guna aircond)
Saya ada ke klinik swasta bila anak kena selesema, saya bagitahu juga tentang keadaan hidung tersumbat ni,dan doktor di klinik tersebut bagi nasal spray memotasone. Boleh kah saya gunakan?sebab kan ada steroid.dalam kertas ubat pun tulis 6thn keatas
Atau perlukah saya beli stèrimar unbloked nose seperti yang disarankan keluarga?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anak anda sedang mengalami masalah hidung tersumbat. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hidung tersumbat boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Alahan
- Penyakit asma
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Polip hidung
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Masalah masalah diatas memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sebegini kerap berulang dan mengganggu rutin harian anda.
Kemabli kepada soalan anda, memandangkan anda sudah berjumpa doktor, saya sarankan anda mengikut nasihat beliau. Jika mereka memberi anda ubat, sila ambil mengikut preskripsi.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.