
Sulit
3 tahun
Risau penyakit HIV berjangkit
Saya wanita berumur 22 tahun. Sy pernah melalukan hubungan bersama sorang lelaki pada umur 21 tahun tetapi hanya sekali dan pada umur 22 sy pernah melakukan hubungan bersama lelaki lain tetapi lelaki ini sudah berkahwin selepas putus dengan sy. Dia membuat ujian HIV dan didapati dia negative. Adakah sy bergajala untuk positif?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Untuk masalah anda, memandangkan lelaki yang telah berhubungan dengan anda telah mendapat keputusan iaitu negatif, maka risiko anda dijangkiti HIV adalah rendah. Akan tetapi, saya menasihati anda untuk melakukan ujian HIV untuk mendapatkan keputusan yang pasti.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.