
Sulit
4 tahun
Risau termakan ubat cacing ketika hamil
Saya dah 3 bulan tak datang haid dan tadi saya termakan ubat cacing yang diberikan oleh klinik kerajaan. Untuk penyakit untut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Saya faham kerisauan anda, namun, maklumat yang anda beri masih tidak mencukupi. Terdapat pelbagai jenis ubat cacing dan parasit yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang anda hadapi. Sebagai doktor sekiranya saya mempunyai maklumat, saya akan mencari samada ubat tersebut akan menjejaskan kandungan. Namun, saya sendiri tidak pasti rawatan yang diberikan atas sebab terdapat berpuluh-puluh jenis ubat cacing dan jenis penyakit cacing yang pelbagai.
Saya harap penjelasan ini boleh difahami dengan lanjut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih