
Anonymous
5 tahun
Risau untuk hamil lagi
Hai dok…ingin tahu
Sya bersama suami selepas haid dihari ke 5 dan baru beranak baby sekarang umur 2bulan lebih
Suami tidak mengunakan apa apa alat pelindungan begitu juga saya
Apabila bersama suami pancut luar saja dan tidak bersama lagi selepas sekali bersama…
Saya ada membaca sedikit tentang bahawa air mani pun boleh membuatkan hamil lagi jadi selepas bersama sya mengambil postinor2 itu…boleh mencegah ka dok…
Sebelum hari ke 5 selepas period haritu hari ke 3 dah bersama tetapi guna kaedah sama…pancut luar…
Hari ke 5 baru makan postinor2…
Masih boleh hamil ke dok…risau ja hati ni…
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ini isu biasa bagi golongan lelaki. Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.Jikalau anda amsih mempunyai keraguan bahawa anda mengandung anda bolehlah membuat ujian kehamilan atau membuat skan ultrasound.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.