
mimiwahidah160
5 tahun
Risiko hamil lepas selesai pantang
Saya baru lepas bersalin 3 bulan yg lps…tidak ambil perancang.susu badan sepenuhnya.period xdtg slma 2 bulan…tapi dua hari lps sy brsama suami dan kondom yg dipakai bocor…adakah sy berisiko hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, didalam tempoh penyusuan bayi, si ibu secara terlindung daripada kehamilan. Sekiranya berlaku persetubuhan dan terdapat air mani masuki faraj anda, secara teorinya anda mungkin tidak akan hamil jika sentiasa menyusukan bayi. Namun, terdapat juga kemungkinan anda mungkin hamil. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil langkah-langkah perancangan keluarga yang efektif selepas ini sekiranya anda dan pasangan mahu kembali aktif dalam hubungan rumah tangga. Anda juga boleh uji kehamilan dalam tempoh 1 minggu selepas ini unutk melihat jika anda hamil ataupunt idak.