
Sulit
3 tahun
Risiko kehamilan setelah mgambil pil pcegah kehamilan
saya risau saya hamil,apa pil lain selain postinor yg boleh mcegah kehamilan?selepas bsama saya sudah mgambil postinor tetapi sy tetap xperiod2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui keterangan anda diatas, anda ingin mengetahui tentang risiko kehamilan setelah mengambil pil postinor dan keberkesanannya dalam pencegahan kehamilan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba membantu anda dalam perkara ini.
Untuk makluman anda, secara umum, anda akan tahu pil perancang kecemasan tersebut telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal sekiranya cara pengambilan tablet anda patuhi dengan betul.
Namun, sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Mengenai pil perancang kecemasan, ia perlulah diambil selewat-lewatnya 72 jam setelah berhubungan seks, dimana sebaiknya dalam tempoh 24 jam untuk keberkesanan yang lebih tinggi.
Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi untuk keterangan lanjut
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.