
Sulit
3 tahun
Ruam dan kegatalan pada badan
Saya berumur 16 tahun,apabila saya pening kepala saya akan makan ubat paracetamol tetapi keesokan harinya badan saya gatal gatal dan berbintik merah merah…perlukah saya ke hospital bertemu doktor?saya takut untuk memberitahu ibubapa saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami alahan terhadap ubat paracetamol. Terdapat beberapa tanda-tanda alahan terhadap ubat. Antaranya adalah:
- Anafilaksis
- Tindak balas kulit contohnya ruam, gatal-gatal, sensitif terhadap cahaya (photoallergy) dan tanda kemerahan.
- Kesukaran bernafas
- Pitam
- Degupan jantung tidak sekata (Arrhythmia)
- Pembengkakan di bawah kulit (Angioedema)
- Sakit sendi dan otot
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.