
zbahmad109
4 tahun
Ruam darah bawa kulit di bahagian kaki
saya mempunyai masalah ruam darah pada kedua kaki seperti penyakit IPT tapi 2 bulan lepas keputusan darah saya ( platelete 323 ) saya seorang pesakit CKD Stage 3A

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ruam darah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah pembekuan darah
- jangkitan virus
- akibat ubatan
- akibat uremia (kandungan toksik yang tidak terbuang pada pesakit buah pinggang)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.