
Sulit
4 tahun
Ruam di seluruh badan, tapak tangan dan kaki
Saya lelaki umur 38 tahun mengalami gatal yang teruk di ruam2 merah di seluruh badan dan tapak tangan dan tapak kaki. Adakah ini gejala penyakit siflis? Bagaimanakah nak membuat pemeriksaan? Di mana dan berapa harga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca ruam pada tubuh, seperti:
- Ruam panas
- Alahan terhadap cuaca, makanan atau habuk dan serangga
- Alahan kulit terhadap bahan pencuci
- Jangkitan virus atau bakteria
Bagi mengetahui punca ruam yang anda hadapi, sila rujuk ke klinik terdekat. Anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik kesihatan atau swasta berdekatan anda, dan bayaran yang dikenakan biasanya bergantung kepada jenis penyakit, ujian dan ubat yang diperlukan. Bayaran di klinik kerajaan biasanya adalah lebih rendah berbanding swasta.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.