
Sulit
4 tahun
Ruam dibahagian dada
Anak saya ada mengalami ruam di bahagian dada tetapi tidak gatal.
Boleh ke guna calamine lotion. Atau doktor boleh suggest any medication.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ruam dapat memberikan banyak maksud dan terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ekzema
- Ruam peluh
- Radang kulit
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria
- Penjagaan kulit yang kurang memuaskan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Untuk pengetahuan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan terlebih dahulu kerana kami tidak pasti bagaimanakah ruam yang dimaksudkan oleh anda dan rawatan hanya diberikan berdasarkan diagnosis yang diberi oleh doktor kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.