
Sulit
3 tahun
Ruam gatal selepas vaksin kedua
Ayah saya dapat ruam/gatal selepas vaksin kedua dalam masa 3 hari selepas vaksin.Adakah perlu pergi ke klinik berdekatan doctor??sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan yang ada ajukan adalah berkenaan kesan sampingan vaksin dan anda ingin mengetahui sama ada kesan yang dialami oleh Ayah anda perlu dirujuk kepada doktor ataupun tidak.
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Memandangkan ayah anda mengalami ruam/gatal selepas menerima vaksin tersebut, kami sarankan anda untuk membawa ayah anda ke hospital berdekatan dengan segera bagi tujuan pemeriksaan. Anda juga dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini