
Sulit
4 tahun
Ruam/ketuat/jerawat/biji air di tapak kaki
saya ingin bertanya adakah seseorang (perempuan) yg tidak pernah melakukan hubungan sulit akan berkemungkinan menghidapi sifilis? camne kalau dia sering melakukan onani? adakah dia akan berisiko dpt pnyakit tersebut? dia dapati terdapat cm ruam or biji air clear kt tapak kaki nya. apakah punca tersebut? thankyou dr

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sifilis ialah jangkitan kuman yang didapati melalui hubungan seksual dengan pesakit atau jika anda terdedah kepada gelembung berair/ulser pesakit sifilis. Untuk makluman anda, gejala ruam/ketuat/ berbiji pada tapak kaki boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi. Banyak soalan mengenai kesihatan anda harus ditanyakan. Selain itu, untuk masalah kulit terutamanya, adalah sangat penting untuk doktor melihat keadaan kulit tersebut sebelum diagnosis dapat diberikan. Antara punca masalah termasuklah:
- sifilis
- hand foot and mouth disease
- alahan kepada produk pencuci
- ekzema
- jangkitan serangga
Tanpa maklumat lanjut, saya tidak dapat untuk memberi jawapan yang dikehendaki. Oleh itu, anda amat disarankan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.