
Anonymous
5 tahun
Ruam Kulit di siku & celah peha
Anak saya berumur 1y8m… dy mempunyai masalah gatal2 kulit dibahagian siku & jugak bahagian celah bawah lutut…kadang2 sampai berdarah bila digaru…kulit menjadi kering. Ada tak cadangan ubat yang sesuai? sebelum ni pakai herbal shaklee & ubat klnik tetapi xserasi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah gatal pada bayi berusia 1 tahun 8 bulan. Antaranya:
- Ekzema
- Ruam panas
- Jangkitan kulit
- Impetigo
- Psoriasis
Anda amat disarankan untuk merujuk anak anda kepada doktor kulit kanak-kanak bagi mengatasi masalah ini. Maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat tentang punca masalah kulit yang dihidapi anak anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.