Apakah Punca, Cara Merawat, Dan Mengatasi Masalah Ekzema

Baca Soalan

Apa yang dimaksudkan dengan ekzema?

  • Ekzema (eczema) adalah istilah untuk sekumpulan keadaan perubatan yang menyebabkan kulit menjadi radang dan gatal. Jenis ekzema yang paling biasa dikenali sebagai dermatitis atopik (atopic dermatitis), atau ekzema atopik (atopic eczema).
  • Atopik merujuk kepada sekumpulan penyakit yang mempunyai kecenderungan yang sering diwarisi untuk perkembangan keadaan alahan lain, seperti asma dan demam hay.
  • Ekzema boleh menjejaskan golongan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa
  • Ekzema selalunya sangat gatal.

Jenis-jenis ekzema

  • “Atopic dermatitis”: Keadaan kulit ini mempunyai asas genetik dan menghasilkan sejenis ekzema yang biasa. Ruam kulit berlaku pada pipi, leher, siku, lipatan lutut, dan pergelangan kaki.

  • “Irritant dermatitis”: Ini berlaku apabila kulit berulang kali terdedah kepada pencucian yang berlebihan atau bahan toksik.

  • “Allergic contact dermatitis”: Selepas pendedahan berulang kepada bahan yang sama, sistem imun badan menjadi aktif di tempat pendedahan dan menghasilkan dermatitis. Contohnya alahan racun ivy.

  • “Stasis dermatitis”: Ia biasanya berlaku pada orang dengan kaki yang bengkak yang mempunyai peraliran darah yang lemah di urat kaki.

  • Jangkitan kulat: Ini boleh menghasilkan corak yang serupa dengan banyak jenis ekzema lain, tetapi kulat boleh digambarkan di bawah mikroskop atau ditumbuhkan dalam “culture”.

  • “Scabies”: Ia disebabkan oleh jangkitan gatal dan boleh menghasilkan ruam yang sangat serupa dengan bentuk ekzema lain.

  • “Pompholyx (dyshidrotic eczema)”: Ini adalah keadaan kulit yang biasa tetapi kurang difahami yang secara kebiasaan menjejaskan tangan dan kadang-kadang kaki dengan menghasilkan ruam gatal yang terdiri daripada lepuh kecil (“vesicles”) pada sisi jari atau jari kaki dan telapak tangan atau tapak kaki.

  • “Lichen simplex chronicus”: Ia menghasilkan plak kulit yang tebal yang biasa dijumpai pada bahagian hadapan kaki dan leher.

  • “Nummular ekzema”: Ini adalah istilah yang tidak spesifik untuk plak berbentuk duit syiling yang membentuk paling kerap pada kaki bahagian bawah dalam golongan individu yang lebih tua.

  • “Xerotic eczema”: kulit kering yang akan retak dan “ooze” jika kekeringan menjadi berlebihan.

  • “Seborrheic dermatitis”: Ia menghasilkan ruam pada kulit kepala, muka, telinga, dan kadang-kadang tengah dada pada orang dewasa. Pada bayi, ruam boleh terbentuk di belakang telinga dan melibatkan seluruh badan.

  • “Dyshidrotic dermatitis”: menjejaskan jari, telapak tangan, dan tapak kaki. Ia menyebabkan gatal-gatal, tompok-tompok bersisik kulit yang menyerupai atau menjadi merah, retak, dan menyakitkan. Keadaan ini lebih biasa pada wanita.

Punca ekzema

  • Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui dan tidak difahami sepenuhnya, tetapi ia dianggap berkaitan dengan tindak balas sistem imun badan yang terlalu aktif terhadap kerengsaan.
  • Ekzema kadang-kadang disebabkan oleh tindak balas yang tidak normal terhadap protein yang merupakan sebahagian daripada tubuh.Ia adalah tindak balas yang menyebabkan gejala ekzema.  
  • Antara penyebab yang mungkin boleh mengakibatkan ekzema adalah seperti yang berikut:
    • Sejarah alahan lain atau asma dalam keluarga

    • Kecacatan pada penghalang kulit juga boleh menyebabkan kehilangan kelembapan kulit dan jangkitan kuman

    • Bersentuhan dengan bahan kasar boleh menyebabkan kulit menjadi gatal

    • Pendedahan kepada cuaca atau keadaan yang terlalu panas atau terlalu sejuk

    • Pendedahan kepada produk rumah tertentu seperti sabun atau detergen

    • Bersentuhan dengan dander haiwan

    • Jangkitan pernafasan atau selesema

    • Tekanan atau stres

    • Kain sintetik

    • Berpeluh

    • Perubahan suhu

    • Penurunan mendadak dalam kelembapan

    • Alahan makanan

Gejala-gejala penyakit ekzema

  • Ekzema dicirikan oleh kulit yang gatal, kering, kasar, serpihan, meradang, dan merengsa. Ia boleh berkembang, mereda, dan kemudian berkembang lagi. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian badan tetapi biasanya menjejaskan kawasan lengan, siku, belakang lutut, atau kepala (terutama pipi dan kulit kepala).  
  • Ia tidak menular dan menjadi kurang teruk dengan usia. Antara gejala penyakit kulit ekzema adalah seperti yang berikut:
    • Tompok merah atau coklat-kelabu

    • Lepuh yang kecil yang mengandungi cecair dan akan mengalir keluar apabila tercalar

    • Boleh menjadi berkerak apabila digaru, yang boleh menimbulkan jangkitan

    • Kulit tebal dan bersisik

    • Kegatalan

    • Ruam-ruam

  • Hampir semua pesakit dengan ekzema mengadu kegatalan. Oleh kerana gejala kebanyakan jenis ekzema adalah sama, ciri-ciri plak atau ruam kulit boleh membantu dalam membezakan satu jenis dari yang lain.
  • Sebagai contoh,”stasis dermatitis” paling kerap berlaku pada bawah kaki manakala “atopic dermatitis” berlaku di bahagian hadapan siku dan di belakang lutut.

Rawatan penyakit ekzema

  • Matlamat rawatan untuk ekzema adalah untuk melegakan dan mencegah kegatalan, yang boleh menyebabkan jangkitan.  
  • Perubahan gaya hidup
    • Oleh kerana penyakit ini menjadikan kulit kering dan gatal, losyen dan krim disyorkan untuk menjaga kulit lembap. Produk ini biasanya digunakan apabila kulit lembap, seperti selepas mandi, untuk membantu kulit mengekalkan kelembapan.

    • Pemampatan sejuk juga boleh digunakan untuk melegakan kegatalan.

    • Cara mengurangkan tekanan atau stress adalah termasuk melakukan senaman pernafasan yang mendalam, mengamalkan yoga, bermeditasi, mendengar muzik, dan mengutamakan tidur malam yang baik.

  • Ubat-ubatan
    • Produk “over-the-counter” (OTC), seperti krim “hydrocortisone” 1%, atau krim preskripsi dan salap yang mengandungi kortikosteroid, sering disyorkan untuk mengurangkan keradangan. Namun, ubat ini tidak boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang kerana kesan sampingannya.

    • Di samping itu, jika kawasan yang terjejas dijangkiti, doktor anda mungkin menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.

    • Ubat “antihistamine” untuk mengurangkan kegatalan yang teruk.

    • Ubat “cyclosporine” adalah untuk digunakan apabila rawatan lain tidak berkesan atau penyakit ekzema tidak mempunyai apa-apa tindak balas terhadap rawatan lain.

    • Ubat “topical immunomodulators” (TIM) adalah krim kulit yang berfungsi dengan mengubah tindak balas sistem imun badan dengan mencegah “flare-ups”.

    • Ubat “immunosuppressants” seperti steroid adalah ubat-ubatan preskripsi yang menghalang sistem imun daripada bertindak berlebihan. Kesan sampingan termasuk peningkatan risiko kanser, tekanan darah tinggi, dan penyakit buah pinggang.

  • Terapi
    • Rawatan tar iaitu sejenis bahan kimia yang direka untuk mengurangkan gatal-gatal.

    • Fototerapi merupakan sejenis terapi yang menggunakan cahaya “ultraviolet” pada kulit untuk membantu mencegah tindak balas sistem imun yang mengakibatkan ekzema. Ia memerlukan satu siri rawatan, dan boleh membantu mengurangkan ekzema. Ia juga boleh mencegah jangkitan kulit bakteria.

  • Sekiranya gejala penyakit ekzema anda tidak bertambah baik atau berkesan selepas rawatan yang sedia ada, anda harus merujuk kepada doktor anda dengan segera untuk menjalani rawatan yang secukupnya sebelum penyakit ini menjadi lebih teruk.

Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?