
Anonymous
6 tahun
Ruam luka ulser dekat kemaluan
Saya meyedari terdapat ruam seperti ulser di bagian kemaluan saya beberapa hari yang lepas. Adakah ini salah satu dari penyakit sipilis?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Luka pada kemaluan, boleh disebabkan oleh banyak perkara, seperti:
- Jangkitan penyakit STD seperti herpes atau sifilis
- Radang akibat jangkitan lain
- Luka akibat digaru
- Kecederaan akibat pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah anda maklumat lanjut seperti tentang jenis luka, latar belakang kesihatan dan latar belakang sejarah seksual anda perlu kami ketahui. Anda dsarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut tentang masalah ini agar dapat dirawat dengan tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.