Anonymous
4 tahun
Ruam menyerupai jerawat
Saya perempuan dalam lingkungan 20an…sejakw ni,muka saya selalu kena ruam dkt tepi tepi mulut dan bahagian dagu…bahagian dagu serupa jerawat …tepi tepi mulut dia tak serupa dengan dagu…dia cuma bintik bintik merah…kenapa ye doktor…dan apa yang harus saya buat…dia nak hilang makan masa tapi bila dia nak timbul,hanya 5 minit saya…saya malu dengan officemate saya…tolong saya doktor…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
- Kulit kering
- Eczema
- Alahan – ubat ataupun makanan
Untuk pengetahuan anda, masalah ruam panas ini tidak akan berjangkit ke individu lain.
Terdapat beberapa perkara yang perlu ditanyakan sebelum punca masalah anda dapat diketahui.Oleh itu, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.