
Anonymous
6 tahun
Ruam merah atau kulat
Saya seorg wanita brumur 44thun,brkwin &surirumah spenuh masa…sbelum sya mndpat pnyakit ini,sya telh mngalami demam & selsema selama sebuln,seminggu selepas itu brulah sya mula merasa gatal2 dibhagian dahi,dagu,leher,bahu dan tulang belakang…s
Sudah 2kali sya pergi klinik tpi tetap takde ape2 prubahan pun…
Sya juge merupakn seorg pesakit darah tinggi,mmpunyai ketulan drah beku di otak dan high stress…sya ada mkan ubat mircadis plus 120g,asspirit,arcoxia 90@120g,prapronolol dan xanax…tpi hanya ubat drah tnggi dan asspirit sja yg sya ambil setiap hari …ubat2 yg lain tu hanya perlu sja …sya ambk kesmua ubat2 tu dh sekian lama,dah hampir 5tahun tpi kenapa baru sekrng ruam tu tumbuh kt bdan sya nih…
Ruam merah ni tramat gatal kt bdan sya ni…tolonglah doctor bgaimanakah untk sya rawat pnyakit ini…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, demam yang disampingi ruam secara umumnya boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:
Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
Penyakit sopak garam iaitu urticaria
Penyakit vasculitis
Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Penyakit campak juga salah satu kemungkinan. Penyakit campak disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Measles virus. Simptom biasanya bermula 7-14 hari selepas pendedahan terhadap virus. Demamnya biasanya tinggi dan mengambil masa 4-7 hari. Simptom ini biasanya didahului kemerahan mata, selesema, batuk, rasa lesu dan kehilangan selera makan. Ruam yang berlaku biasanya bermula dari kepala dan menyebar ke seluruh badan dalam 48 jam. Ruam tersebut secara umumnya hilang dalam 5-7 hari.
Kesemua penyakit yang ternyata di atas memerlukan rawatan yang berbeza-beza. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih