
Sulit
5 tahun
Ruam merah, timbul dan gatal
Saya student dan study di kawasan yang jauh dari bandar. Saya berumur 20an. Saya mengalami masalah ruam di muka sejak saya masuk u. Kerap berlaku. Saya juga dapatkan rawatan dari klinik. Dr cakap saya ada heat allergic dan dia berikan saya ubat makan alahan & gatal. Dia berkesan tetapi akan jadi kembali lepas jangka masa sebulan mcm itu. Bila saya kembali ke rumah muka akan normal balik tak naik ruam sekerap saya berada di universiti. Semalam saya pergi farmasi dan mereka recommend saya Cream Zaricort. Kata dorang suitable for me but i doubt it. Should i keep use that cream on my face?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ruam merah yang timbul dan gatal boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Urticaria / allergy yang mana dalam kes anda alahan terhadap kenaikan tubuh badan samaada akibat terdedah kepada panas atau matahari
- Ptyriasis alba
- Akibat alahan terhadap makanan
Sebetulnya, memandangkan anda telah didiagnosis oleh doktor sebagai mempunyai heat allergy, pemakaian krim sahaja tidak mencukupi. Dalam menangani masalah kesihatan terkait alergi/ alahan kulit, anda adalah dinasihatkan untuk melakukan hal-hal seperti berikut:
- Mengenalpasti alergen (pencetus) alahan anda dan menjauhi. Dalam kes heat allergy, pencetus biasanya adalah air mandi panas, berjemur di bawah matahari dan suhu ruangan yang panas. Justeru, bagi mengelakkan anda haruslah menghindari semua hal diatas sebagai contoh menggunakan payung apabila terpaksa berjalan dibawah matahari.
- Elakkan baju yang ketat dan gunakan bahan pakaian yang menyerap peluh seperti kapas dibandingkan dengan bahan sintetik
- Mengamalkan pemakaian sunblock atau sunscreen
- Pastikan ruangan dan bilik mendapat ventilasi dan suhu yang dingin
- Pilih mandian air sejuk dan dingin
Merujuk kepada cream Zaricort, ia digunakan bagi melegakan gatal serta merawat kulat di kulit. Kulat adalah merupakan jangkitan. Berbeza dengan alergi / alahan, ia timbul akibat pertumbuhan mikroorganisma yang mengeluarkan spora. Alergi biasanya mempunyai pencetus yang harus dikenalpasti oleh pesakit sendiri.
Justeru, pengguna krim ini mungkin bermanfaat bagi melegakan gatal untuk sementara waktu sahaja.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.