
Sulit
4 tahun
Ruam panas yang menyebabkan panas badan Dan rasa hendak demam
Saya berumur 42takun. Saya banyak berpeluh sehingga menyebabkan ruam panas pada ketiak saya. Apabila ruam ini mengering, ia berwarna gelap. Ada masanya rasa seperti bauang panas dikawasan itu dan menyebabkan badan saya juga panas. Sering kali berlaku tetapi tidak hingga menyebabkan demam panas kerana say sapu dengan aloe vera soothing gel.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami
Untuk makluman pihak anda, ruam panas merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang disebabkan kepanasan yang melampau. Selain itu juga masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
Penyakit sopak garam iaitu urticaria
Penyakit vasculitis
Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.