
Sulit
4 tahun
Ruam susu anak di pipi usia 3 bulan makin merah
Anak saya 3 bulan, ruam susu di pipi teruk, bf full, skrg guna sheabutter sahaja. Tapi masih xelok2.Ada solusi tak dr.tk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anak anda sedang alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anak anda.
Walaubagaimanapun, masalah ruam susu ini boleh hilang dengan sendiri dengan penjagaan yang betul. Elakkan dari menggunakan produk atau krim yang tidak diketahui keberkesanannya. Anda boleh pergi ke farmasi atau klinik berhampiran untuk berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi berkenaan solusi ruam susu ini.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Tidak mahu menyusu atau menyusu kurang dari sepatutnya
- Ruam tersebut bernanah dan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anak anda.Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.