
Sulit
4 tahun
Ruam tidak gatal di bahagian atas kemaluan (ari-ari)
Saya lelaki berusia 30 tahun. Saya mengalami ruam2 yg tidsk gatal di bahagian atas kemaluan. Soalan sy adakah itu penyakit sifilis?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ruam yang tidak gatal atas atau pada bahagian kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis sekiranya anda pernah melakukan hubungan seks
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit seperti ekzema
- Kista (cyst)
- Jerawat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.