Anonymous
7 tahun
Ruam2 gatal di badan
saya mengalami gatal2 pada badan sehingga saya tak tahu sbb apa…gatal2 ini muncul bila berat badan saya naik dan berpeluh sesikit sudah cukup utk ruam2 gatal ini muncul di peha dan blkg saya…saya menggunakan pelbagai cream dan ubat tapi ruam gatal masih tak hilang…adakah disebabkan faktor saya kerja oil and gas yg bergaul dgn rakan2 kerja dari pelbagai negara dan menyebabkan saya berjangkit virus yg kita tidak ketahui?minta pencerahan dari doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
- Kulit kering
- Eczema
- Alahan – ubat ataupun makanan
Untuk pengetahuan anda, masalah ruam ini tidak akan berjangkit ke individu lain.
Terdapat beberapa perkara yang perlu ditanyakan sebelum punca masalah anda dapat diketahui.Oleh itu, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.


































