Sulit
5 tahun
Runny nose, cough, mild fever
Saya gadis berumur 21 tahun, baru shj pulang ke kampung halaman di perak dari university di Sg buloh Saya pulang ke rumah dgn menaiki ETS (keretapi) pada 18/3 yg lalu.
18/3- hidung saya mula berair
19/3- hidung berair makin teruk. Selalu kena lap je dengan tisu.
20/3- the mucus become more thicker… mcm selesema . Hidung tersumbat. Tapi sebelah je. Tapi mucus tu sikit je. Dah mula rasa macam badan panas sikit… but not more than 37.5 i think. Just a mild fever
21/3- i start coughing associated with runny nose and mild fever. The cough sometimes produce a little phlegm.
Adakah simptom2 ini berkaitan dgn covid? Saya risau.
Apakah ubat yang sesuai utk melegakan batuk & runny nose ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Walaubagaimanapun, masih sukar untuk membezakan gejala selsema, batuk dan demam dengan masalah kesihatan lain. Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Selain COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Terdapat pelbagai jenis ubat batuk dan ubat selsema yang boleh didapati di farmasi. Anda digalakkan untuk bertanya tentang ubat-ubatan ini kepada ahli farmasi yang melayan anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































