
Sulit
3 tahun
Sah sebagai pesakit covid-19
Saya di sah kan positive covid pada 19.08.2021 dan hari ini masuk hari ke 6 hari saya menjalani kuarantin di rumah. Saya sudah tiada demam dan selisema lagi, tetapi saya sering pening dan merasa pedih mata dan tidak boleh tidur. Ada kah symptom ini di kira teruk atau pun tidak sebagai pesakit covid?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda sedang menjalankan kuarantin di rumah dan anda sering mengalami gejala pening, pedih mata dan kesukaran tidur. Untuk makluman anda, gejala anda dikategorikan sebagai gejala ringan pesakit Covid-19. Simptom teruk bagi jangkitan Covid-19 adalah sesak nafas yang memerlukan bantuan pernafasan.
Namun, sekiranya gejala anda bertambah teruk dan tidak boleh dikawal di rumah, anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini