Sulit
3 tahun
Saiz rahim kecil di usia 10minggu kandungan
Hello doc. Saya sekarang hamil anak pertama. Kandungan sekarang sepatutnya usia 10minggu. Tapi bila scan nampak kecil. Jadi doc minta scan lagi 2minggu untuk lihat perkembangan janin. Boleh saya tahu apakah ini menjadi satu masalah? Untuk pengetahuan, period saya teratur setiap bulan
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, saya nasihatkan anda untuk melakukan scan dahulu. Tanpa melakukan scan yang seterusnya sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Buat masa ini, elakkan diri daripada stres kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan kandungan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.