
Sulit
3 tahun
Saiz zakar kecil dan selalu pancut awal
Saya lelaki berumur 23 dan sya nk tambahkan saiz dan tahanama

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Mengikut penerangan anda,and mempunyai masalah dengan saiz zakar anda and ingin tahan lama semasa aktiviti seksual.
Kami memahami masalah anda dan berharap penerangan kami mengurangkan kebimbangan anda.
Bagi saiz zakar, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
genetik
kekurangan hormon testosterone
masalah hypogonadotrophic hypogonadism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Bagi masalah yang kedua,masalah ini boleh disebabkan oleh:
Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mencuba menangani masalah kedua anda. Antaranya seperti:
Mengurangkan kekerapan masturbasi.
Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat rawatan yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim serta beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut untuk mendapat rawatan segera.
Kami harap jawapan kami membantu.
Terima kasih
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.