Sulit
4 tahun
Saiz zakar saya tidak seperti orang lain
Saya berumur 15 tahun. Saya mula onani sewaktu saya berumur 12 tahun. Pancutan pertama saya pada umur 12 tahun dan pada waktu itu saya mengalami mimpi basah. Saya merasakan zakar saya tidak seperti orang lain. Saya rasa zakar saya jauh lebih kecil drpd orang lain. Saya dah pernah tengok zakar kawan saya dan saya buat perbandingan dengan saya. Zakar saya mempunyai saiz yang sangat berbeza dengan kawan saya. Jadi adakah ia disebabkan oleh onani dan bagaimana cara untuk mengembalikan zakar ke saiz yang normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
genetik
kekurangan hormon testosterone
masalah hypogonadotrophic hypogonadism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































