
Anonymous
5 tahun
Saki di tengah dada
Saya wanita berumur 27 tahun. Saya kerap sakit di tengah dada macam angin. Angin di dada macam sangkut. Adakah berbahaya Dr? Hal ini kerap berlaku kepada diri saya. Saya makan dan tidur seakan tidak selesa.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala sakit dada yang anda alami, antaranya:
- Asid Refluks (GERD)
- Masalah gastrik
- Stress
- Kembung perut
- Masalah paru-paru
- Masalah jantung (jarang berlaku di usia muda)
Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.