
Sulit
4 tahun
Sakit ari ari dua dua belah
Hi, saya wanita berumur 23 sudah berkahwin. bulan dec 2020 missed miscarriage. Period kembali normal. Tetapi sebulan ni, saya sakit bawah perut / ari ari. mula nya sebelah kanan sahaja. skrg dua dua belah sakit. Sakit yang tiba tiba rasa mencucuk. makin kerap. sebelum ni hanya dua tiga hari sekali. tp skrg sudah setiap hari terasa sakit. period patut nya esok. saya check pregnancy test harini. masih negative. boleh saya tahu apa penyebab sakit ini? saya juga sedang berusaha untuk kembali pregnant. thanks

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit ari-ari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah batu sepenjang saluran kencing
- fibroid dan adenomyosis
- penyakit radang pelvis
- ovari terbelit (ovarian torsion)
- kehamilan ektopik
- kanser seperti kanser uterus dan kanser serviks
Terdapat juga sebab daripada saluran pencernaan
- penyakit radang usus
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- kanser usus (colorectal cancer)
Punca daripada sistem pencernaan boleh menyebabkan masalah sembelit juga.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.