
Sulit
4 tahun
Sakit badan , batuk , hilang selera makan , sakit tekak
Saya berumur 24 , saya baru balik dari kedah semalam saya berada di kedah selama
3hari , saya sampai kl saya batuk , sakit otot , dan hilang selera makan , adakah saya kena buat swab test

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Memandangkan kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat saban hari, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Sekiranya anda mempunyai gejala, sila berhubung dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik link ini untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini