Anonymous
7 tahun
Sakit badan di bahagian belakang
Saya mengalami sakit badan di bahagian belakang sejak kebelakangan ini kerana minggu lepas saya telah terjatuh dari motorsikal yang menyebabkan pinggang saya terasa sakit. Saya tidak mengalami gejala muntah atau sakit kepala, tetapi setiap kali saya ingin berjogging, saya rasa sakit dan pernafasan seperti tersenak seketika. Apabila saya meregangkan badan, rasa seperti otot kekejangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit badan dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
Masalah-masalah ini boleh disebabkan dari kemalangan yang anda alami. Saya sarankan unutk anda segera ke hospital pemeriksaan lebih terperinci boleh dilakukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.






























