
Sulit
4 tahun
Sakit BadaN selalu rase nak muntah
Haid tak datang selama 2 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda buat masa ini. Maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca sebenar. Berdasarkan kenyataan anda, berikut merupakan antara beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Sindrom polisistik ovari ( polycystic ovarian syndrome /PCOS)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Ketidakstabilan hormon
- Tekanan emosi dan stres
- Jadual aktiviti harian yang terlalu sibuk dan padat
- Kehamilan
Anda masih risau tentang haid haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda tidak datang haid buat seketika dan hal ini perlu diberikan perhatian. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor supaya puncanya dapat diketahui dan pemeriksaan dan rawatan boleh diberikan kepada anda.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.