Sulit
5 tahun
Sakit badan yang kerap
Saya wanita berumur 22 thn…saya nak tanya,saya ada buat swab test…sebelum swab test saya ada simptom batuk sahaja…selpas dr swab test sy mengalami sakit badan…batuk selsema…demam skjp2 cam tu sahaja…soalan saya adakah penyakit sy ini akan bergejala kpd family sy or apa langkah yang sepatotnya sy buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah batuk, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang tonsil dan tekak
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Untuk menjawab persoalan anda, kami tidak tahu sama ada ia berpunca daripada COVID-19 ataupun penyakit lain dan sukar untuk kami mengatakan ia boleh berjangkit kepada keluarga anda sekiranya anda tidak mengalami COVID-19 kerana COVID-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk memantau gejala yang ada hadapi. Sekiranya anda gejala anda semakin teruk, sila berjumpa doktor dengan kadar segera. Selain itu, praktikkan SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN, sentiasa memakai pelitup muka dan membersihkan tangan anda. Sekiranya anda diberikan arahan untuk kuarantin, sila patuhinya dengan jujur dan elakkan dari bertemu dengan orang lain sepanjang tempoh kuarantin tersebut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































