
suhadasmart.snss
5 tahun
Sakit bahagian atas dagu
Selalu rasa sakit . Kalau basuh muka kena basuh seluruh .tapi bila nak basuh dekat terasa sakit.kenapa ea doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada gigi serta gusi
- Keradangan pada bahagian dagu ataupun kelenjar air liur
- Trauma pada bahagian dagu
- Sakit kepala atau migrain
- Ketegangan otot bahagian muka dan dagu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.