
owely6
2 tahun
Sakit bahagian atas leher
Saya seorang lelaki umur dalam 20an. Saya mengalami sakit bahagian atas leher saya, baru semalam secara tiba2 saya tak batuk tak selesema, rasa sakit dia terasa bila saya cuba batuk dan menguap, saya bingung kenapa, dan sampai sekarang masih terasa sakit. Sebelum sakit tu saya balik kerja dan rehat dan berbaring saja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit dibahagian leher boleh merujuk kepada beberapa perkara seperti:
- Postur abnormal (sebagai contoh bekerja lama dikerusi)
- tortikollis servikal
- ketidak seimbangan otot leher
- trauma dileher
- masalah saraf leher
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.