
jbyakuza87
5 tahun
Sakit bahagian badan
Saya berumur 23tahun, saya mengalami sakit dibahagian kiri badan dan bila saya tido baring dalam keadaan melintang bahagian badan kiri rasa sakit . Dan saya terpaksa tidur mengereng utk elakkan rasa sakit. Lagi satu, lepas saya makan perut saya rasa mcm penuh , kuantiti makan tidak banyak .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya
- ketegangan otot
- Pedih ulu hati (Gastroesophageal reflux disease, GERD)
- Jangkitan buah pinggang
- Masalah usus atau organ-organ yang terletak di kawasan sakit.
Gejala yang digambarkan terlalu umum dan ianya boleh diakibatkan oleh banyak lagi punca. Punca yang dikatakan di atas adalah punca yang umum dan boleh menyebabkan gejala yang anda alami. Tanpa mengetahui sebarang informasi yang teliti, saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.