
itsnunaaaa
5 tahun
Sakit bahagian bawah perut/ rahim
Saya wanita berusia 21 tahun dan sudah berkahwin. Sejak dua menjak ni saya sakit bahagian bawah perut, kawasan rahim selalu rasa cramp dan kadang rasa takselesa. Lagi seminggu nak period, tapi lately saya punya keputihan sangat teruk dan harini keputihan saya warna oren. Perut saya berasa tidak selesa apabila baring.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fibroid
- Radang pelvis
- Endometriosis (ketumbuhan tisu rahim di tempat lain)
- Cista ovari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.