
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian belakang kepala
SAYA REMAJA BERUMUR 22 TAHUN.Selalunya org yg sakit kepala akan merasa pening dkat mata atau berdenyut bhgian urat2 bhgiaan kiri kanan dahi. Saya jarang sakit kepala. dalam sebulan kemungkinan hanya sekali atau dua kali. tapi rasa sakit terakhir ni. Sakit yang terasa amat sangat sakit bhagian atas kepala dan belkang kepala sehingga terasa sakit tengkorak tengkuk hingga tulang blkang.bahagian sendi juga trasa sakit.Seperti lutut dan siku.Seterusnya bahu dan pinggang.bahagian yang terasa selain kepala adalah batang tengkuk sebelah kanan.KESAKITAN INI BERLARUTAN SEHINGGA HAMPIR 4 HARI DAN BRANSUR PULIH SECARA PERLAHAN. Slepas dari hari kejadian,saya peka akan sakit kepala yg terasa wlaupun tidak sesakit mana. UNTUK MAKLUMAN DOKTOR JUGA.SAYA TIDAK PERNAH MENJALANKAN UJIAN KESIHTAN ATAU MENERIMA RAWATAN DI MANA MANA HOSPITAL. UJIAN DARAH TINGGI PERNAH DIBUAT 2 TAHUN YANG LALU SAHAJA.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.